a

7.22.2009

Misi Dajjal

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan. Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’. Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya? Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan … “Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”.

Untuk meneruskan misi di atas ada tiga perkara yang menjadi faktor penghalang:
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario atau situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal. Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak. Benarkah begitu? Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.





Misi Sebenar Dajjal teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .” (Riwayat Bukhari)

Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu. Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah …. “Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”.Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s. Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir daripada keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi daripada segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa. Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal, disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi. Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu:

a) Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

b) Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi. Jika kita mengambil maklumat daripada hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

Teori 1 :
Imam Mahdi di Iraq dan Iran Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah. Maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib. “Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim). Kaitannya dengan Iraq dan Iran. Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni.

Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir daripada keturunan Hussein. Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia. Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq.

Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah. Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi. Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat daripada segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku. Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah iaitu apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal. Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi. Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ. Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam. Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu. Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orang awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku. Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini? Adakah ianya kebetulan?

Teori 2 :
Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal daripada umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa: “Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.” Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas. Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah daripada pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Artikel ini telah diambil dari http://www.iluvislam.com/



Read More..

7.21.2009

Couple itu haram!!!

Assalammualaikum
Couple itu HARAM


Malam ini aku telah terbaca 1 artikel tentang haram nya bercouple.Betape jahilnye aku tak tau yang couple itu haram diantara lelaki dan perempuan atau sebaliknya.

ini artikel dia

EPISOD 1


"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.



Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yg sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ni tak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan dia rasa maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan tu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Kalau nak ikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan. Lepas baca artikel ni fikir kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' sebab aku rasa bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yg buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."


Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina



menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)smiley-wink



Tapi, juga nak diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tak lekang mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yg berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yg sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."


Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,
"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yg terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ade yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)


Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."



Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yg sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Glossari
istiqamah = tetap, konsisten
sequence = turutan
reliable = boleh dipertanggungjawab / boleh pakai
let say = katakanlah
part = Bahagian
So = jadi
go for it = teruskan
ajnabi = (Bahasa Arab) boleh dinikahi
ikhtilat = (Bahasa Arab) Percampuran (antara lelaki dan perempuan); biasa merujuk kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
laknatullah = dilaknat oleh Allah
equation = persamaan
syumul = sempurna
sirah = kisah Nabi

*Artikel asal oleh : al-malizi



Read More..

Iluvislam.com

Iluvislam.com salah 1 cara mendekati islam.Ramai yang memikirkan laman web yang berbentuk keagamaan adalah membosankan dan kurang menarik.Laman web yang dibina sejak tahun 2007 oleh lima orang anak muda ini telah menarik seramai 13 juta pengunjung.



Laman web ini mempunyai banyak subdomain seperti tutorial, testi, resepi,pendidikan dan banyak lagi.Laman web ini tidak mengehadkan teks sahaja tetapi mengandungi pautan hadis dan al-quran & hadis,mendownload MP# untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-quran.Ruangan artikel pula memuatkan artikel-artikel menarik dan berguna yang disediakan oleh penulis laman web.Anda juga boleh menyumbangkan artikel berkaitan islam ke iluvislam.com.


Read More..

Menambah emotikon di kotak komen

Disini saya akan mengajar anda semua macam mana cara nye meletakkan emotikon di komen.
Ini adalah cara-caranya untuk meletakkan emotikon di kotak komen

Pertama sekali anda perlu
1.login ke Blog anda
2. Klik Tab setting
3. Klik Tab Edit HTML
4. Klik tanda pada kotak kecil Expand Template Widget
5. Anda perlu mencari di dalam template anda kod < /body >
6. Sebelum kod tersebut, pastekan script di bawah ini


< script src = ' http : / / h1 . ripway . com /pinginbelajar / 042009 /comment_emoticon . js ' type = ' text / javascript ' / >





7. Sila cari kod ini di dalam template anda
8. Sebelum kod tersebut, pastekan script di bawah ini


< div style = ' overflow : auto ; width : 100 % px ; height : 200px ; padding :5px 5px 5px 5px ; background : # FFFFFF ; ' >
< center > < b >
< img border = ' 0 ' src = ' http : / / img7 . imageshack . us / img7 / 5660 / pinginbelajar1 .gif ' / > : 10
: 11
< img border='0' src = ' http://img338.imageshack.us/img338/2876/pinginbelajar5.gif'/>:12
< img border='0' src = ' http://img178.imageshack.us/img178/4784/pinginbelajar6.gif'/> : 13


< img border='0' src = ' http :/ /img15.imageshack.us/img15/5646/pinginbelajar7.gif'/>:14
< img border='0' src = ' http :/ /img54.imageshack.us/img54/9709/pinginbelajar8.gif'/>: 15
< img border='0' src = ' http :/ /img228.imageshack.us/img228/2490/pinginbelajar9.gif'/>:16
< img border='0' src = ' http:/ /img254.imageshack.us/img254/9241/pinginbelajar10.gif'/>:17
< br/>
< img border='0' src=' http : / /img249.imageshack.us/img249/715/pinginbelajar16.gif'/>: 18
< img border='0' src=' http : / /img19.imageshack.us/img19/8225/pinginbelajar20.gif'/>:19
< img border='0' src=' http : / /img249.imageshack.us/img249/368/pinginbelajar21.gif'/>:20
< img border='0' src=' http : / /img249.imageshack.us/img249/3122/pinginbelajar23.gif'/>:21
< br/>
< img border='0' src=' http://img8.imageshack.us/img8/7082/pinginbelajar24.gif'/>:22
< img border='0' src=' http://img249.imageshack.us/img249/9643/pinginbelajar25.gif'/>:23
< img border='0' src=' http://img3.imageshack.us/img3/9077/pinginbelajar26.gif'/>:24
< img border='0' src=' http://img249.imageshack.us/img249/5254/pinginbelajar27.gif'/>:25
< br/>
< img border='0' src = ' http : / /img8.imageshack.us/img8/4191/pinginbelajar28.gif'/>:26
< img border='0' src =' http :/ /img13.imageshack.us/img13/3637/pinginbelajar29.gif'/>:27
< img border='0' src = ' http://img167.imageshack.us/img16 /1944/pinginbelajar32.gif'/>:28
< img border='0' src ='http://img53.imageshack.us/img53/61/pinginbelajar33.gif'/>:29


< img border='0' src = ' http : //img186.imageshack.us/img186/7215/pinginbelajar35.gif'/>:30
< img border='0' src = ' http : // img106.imageshack.us/img106/7729/pinginbelajar36.gif' / >:31
< img border='0' src = ' http : / /img106.imageshack.us/img106/700/pinginbelajar17.gif'/>:32
< img border='0' src = ' http : / /img231.imageshack.us/img231/4497/pinginbelajar34.gif'/>:33
< br/>
< img border='0' src = ' http:// .imageshack.us/img4/1805/pinginbelajar31.gif'/>:34
< img border='0' src = ' http:/ /img72.imageshack.us/img72/7403/pinginbelajar30.gif'/>:35
< img border='0' src = ' http://img249.imageshack.us/img249/5619/pinginbelajar22.gif'/> :36
< img border='0' src = ' http://img249.imageshack.us/img249/9919/pinginbelajar15.gif'/>:37
< br / >
< img border='0' src = 'http://img254.imageshack.us/img254/9607/pinginbelajar14.gif'/>:38
< img border= '0' src = 'http://img19.imageshack.us/img19/6241/pinginbelajar13.gif'/>:39
< img border = '0' src = ' http : / / img19.imageshack.us/img19/2213/pinginbelajar12.gif ' / > : 40
< img border='0' src = 'http : / / img249.imageshack.us /img249/2448/pinginbelajar11.gif' / > : 41
< br / >
< img border='0' src= ' http : / / img162. imageshack.us / img162/6028/pinginbelajar3.gif' / > :42
< img border='0' src = 'http : / /img162.imageshack.us / img162/1236/pinginbelajar4.gif' / > :43
< img border='0' src = ' http:/ /img254.imageshack.us / img254/50/pinginbelajar19.gif' / > : 44
< img border='0' src = ' http:/ /img19.imageshack.us / img19/464/pinginbelajar18.gif' / > :45
< / b > < / center >
< / div >


9. Klik save template
10. Itu saja



Read More..

7.16.2009

Cara memantau anak anda

Internet pada masa ini sangat penting untuk semua orang.Internet boleh membawa keburukan dan kebaikan.Salah satu dara]ipada keburukan internet adalah melekakan anak kita tanpa berbuat apa-apa.Anda perlu mengawasi anak-anak kita yang suka melayari internet di cyber cafe ataupun dirumah kerana jika anak kita tidak diawasi dengan cara yang betul boleh menyebabkan keburukan kepada anak kita.Dunia makin maju banyak yang boleh anak kita belajar di internet salah satunya melayari laman lucah yang semakin tidak dapat dibendung oleh semua.Oleh itu kita perlu sentiasa memantau aktiviti anak kita supaya tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidak diingini.




Atas keprihatinan Nortan memperkenalkan Onlinefamily.nortan adalah satu cara untuk mengawasi atau memantau aktiviti anak kita.Onlinefamily.nortan juga boleh mentapkan beberapa lagi setting.Nortan memberi secara percuma sehingga 2010.Untuk mendapatkan servis ini anda hanya perlu mendaftarkan dan memasukkan maklumat peribadi anda.

Kebaikan servis ini juga anda boleh menetapkan nama anak anda yang ingin anda awasi.Anda boleh menetapkan seberapa banyak nama yang anda inginkan dan menggunakan setting yang berlainan untuk setiap nama yang berlainan.

Jika anda ingin menggunakan servis ini anda dikehendaki download safety minder pada setiap komputer dimana anak anda akan menggunakannya.Anda juga boleh menyimpan kedalam pendrive.Anda juga boleh menetapkan dan mengawasi laman web yang boleh dikunjungi,mesej segera,rangkaian sosial dan limit untuk anak anda melayari internet


Peringatan:

Gunalah Onlinefamily.nortan.Cegahlah sekarang sebelum terlambat.


Read More..

My followers

  ©rakan4u. .

TOPO