a

10.25.2008

Perlindungan Pendrive masa nyata (real-time) sebelum dan semasa pendrive dimasukkan ke dalam port USB

Mengesan dan membuang virus Jambanmu V1, V2, Photos Zip dan seangkatannya secara automatik



Download: Download
Saiz fail: 13 MB
Tempoh download: 2 minit

Adakah anda dapati data pada pendrive anda telah hilang atau folder pada pendrive sukar dibuka? Pendrive anda mungkin menghadapi masalah. Jika ya, anda boleh gunakan perisian ini untuk memulihkan pendrive anda. Bukan itu sahaja, perisian ini boleh menghentikan penularan virus yang dibawa oleh pembawa iaitu pendrive kepada sistem komputer anda dari akarnya. Adakah anda tidak boleh membuka beberapa program dasar windows seperti Command Prompt, Task Manager dan sebagainya? Jika ya, anda juga boleh menggunakan perisian ini untuk memulihkan situasi tersebut. Sila baca manual ini sehingga habis untuk mengetahui bagaimana melakukannya.

Perisian ini mempunyai 2 fungsi utama, iaitu;

  1. Fungsi Scan Pendrive dihasilkan khusus untuk menghapuskan virus yang berdiam pada pendrive dan memulihkan serangan yang telah virus lakukan pada pendrive tersebut dan juga sistem komputer anda.
  2. Fungsi Force Program pula mampu untuk menghalang penyebaran virus dengan cara memberhentikan semua program. Setelah itu, anda boleh menghalang virus yang berdiam pada komputer dari berfungsi.

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.

Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.

Etimologi
Istilah "virus" komputer berasal daripada perkataan virus biologi dan digunakan dalam erti kata yang sama. Istilah "virus" seringnya digunakan dalam bahasa biasa untuk menghuraikan semua jenis perisian jahat (malware), termasuk virus-virus yang wajar dikelaskan sebagai cecacing atau kuda Troy. Kebanyakan pakej perisian anti-virus yang popular melindungi komputer daripada semua jenis serangan ini. Dalam sesetengah komuniti teknik, istilah "virus" juga diperluas untuk merangkumi para pencipta perisian jahat dari segi erti kata yang menghina.

Istilah "virus" digunakan buat pertama kali dalam terbitan akademik oleh Fred Cohen pada tahun 1984 dalam kertas kerjanya, Uji kajian dengan Virus Komputer, yang menghargai Len Adleman kerana mencipta istilah itu. Bagaimanapun, sebuah novel fiksyen sains yang ditulis oleh David Gerrold pada tahun 1972 yang berjudul "When H.A.R.L.I.E. Was One", mengandungi sebuah huraian atur cara komputer fiksyen yang dipanggil "VIRUS" yang bertindak tepat sama dengan virus biologi (dan diatasi oleh sebuah atur cara yang dipanggil "VAKSIN"). Istilah "virus komputer" dengan pengertian terkini juga muncul dalam buku komik, Uncanny X-Men #158, yang ditulis oleh Chris Claremont dan diterbitkan pada tahun 1982. Oleh yang demikian, walaupun penggunaan istilah "virus" oleh Cohen mungkin merupakan penggunaan "ilmiah" yang pertama, istilah itu telah digunakan lebih dahulu.


Mengapa orang mencipta virus komputer
Berbeza dengan virus biologi, virus komputer:
tidak mengembangkan diri;
tidak wujud secara spontan dan tidak dicipta oleh pepijat atur cara biasa; ia dicipta secara sengaja oleh para pengaturcara atau orang yang menggunakan perisian mencipta virus; dan
hanya boleh membuat apa-apa yang ditetapkan oleh pengaturcara.
Para pencipta virus mempunyai berbagai-bagai alasan untuk mencipta dan menyebarkan perisian jahat. Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti, perisian pengintipan (spyware), dan pemerasan kriptovirus.

Sesetengah penulis virus menganggap ciptaan mereka sebagai seni, dan melihat penulisan atur cara virus sebagai suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, banyak penulis virus menentang rutin-rutin yang ditulis semata-mata untuk melakukan pemusnahan. Selain itu, banyak penulis virus juga menganggap sistem-sistem yang diserang oleh mereka sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik untuk diselesaikan. Ini berganda apabila permainan kucing dengan tikus itu terhadap perisian anti-virus dijangka.

Sesetengah virus bertujuan untuk merupakan "virus baik". Ia menyebarkan perbaikan kepada atur-atur cara yang dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan mungkin akan menjejaskan sistem yang dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kekadangnya dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai vektor untuk virus jahat. Tanpa disengajakan, atur-atur cara "virus baik" yang tidak ditulis dengan teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan keburukan pada dirinya (umpamanya, 'virus baik' yang sebegini boleh salah mengecam fail sasaran dan dengan itu, salah menghapuskan fail sistem). Tambahan pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang kebenaran daripada pemilik komputer. Oleh sebab kod penyalinan diri menimbulkan banyak kerumitan, adakah sesuatu virus yang bertujuan baik boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik, berbanding dengan atur cara biasa yang tidak menyalin diri, boleh dipersoalkan.

Dengan pendek kata, tidak adanya satu jawapan yang tunggal yang mungkin merangkumi seluruh demografi penulis virus yang begitu luas. Dalam kebanyakan bidang kuasa, pembebasan virus komputer (serta juga cecacing) merupakan suatu jenayah komputer. Sila lihat juga rencana Berita BBC: Mengapa orang mencipta virus komputer.


Strategi penyalinan
Supaya dapat menyalin diri, virus harus dibenarkan untuk melaksanakan kodnya dan menulis pada ingatan. Atas alasan ini, banyak virus melekat pada fail boleh laku yang merupakan sebahagian atur cara yang sah. Jika seseorang pengguna mencuba melaksanakan atur cara yang terjangkit, kod virus akan dilaksanakan lebih dahulu.

Virus-virus boleh dibahagikan kepada dua jenis, bersandarkan tindakannya apabila dilaksanakan:

Virus bukan huni dengan serta-merta akan mencari-cari perumah yang lain yang boleh dijangkiti dan selepas menjangkitinya, akan memindahkan kawalan kepada atur-atur cara penggunaan yang terjangkit.
Virus huni tidak mencari perumah apabila ia dilaksanakan tetapi sebaliknya, memuat diri ke dalam ingatan dan memindahkan kawalannya kepada atur cara perumah. Virus huni masih tetap aktif di latar belakang dan akan menjangkiti perumah-perumah yang baru apabila fail-fail itu dicapai oleh atur cara yang lain atau oleh sistem pengendalian pada dirinya.

Virus bukan huni
Virus bukan huni boleh dianggap sebagai terdiri daripada dua modul, iaitu "modul pencarian" dan "modul penyalinan". Modul pencarian bertanggungjawab untuk mencari fail baru untuk dijangkiti. Bagi setiap fail boleh laku yang baru yang ditemukan, modul pencarian akan memanggil modul penyalinan untuk menjangkiti fail itu.

Untuk virus-virus yang mudah, tugas-tugas penyalin adalah seperti yang berikut:

Menyemak adakah fail boleh laku itu telah dijangkiti (jika ia, kembali ke modul pencarian);
Melampirkan kod virus pada fail boleh laku;
Simpan titik permulaan fail boleh laku;
Tukarkan titik permulaan fail boleh laku supaya ia menunjuk ke lokasi permulaan kod virus yang baru sahaja disalin;
Simpan lokasi permulaan yang lama supaya virus akan menyimpang ke lokasi itu selepas ia dilaksanakan;
Simpan perubahan dalam fail boleh laku;
Tutup fail yang terjangkit; dan
Kembali ke modul pencarian supaya ia boleh mencari fail yang baru untuk dijangkiti oleh penyalin.

Virus huni
Virus huni mengandungi modul penyalinan yang serupa dengan modul yang digunakan oleh virus bukan huni, tetapi ia tidak digelar sebagai modul pencarian. Sebaliknya, virus ini memuat modul penyalinan ke dalam ingatan apabila ia dilaksanakan dan memastikan bahawa modul ini akan dilaksanakan setiap kali sistem pengendalian dipanggil untuk melakukan tugas-tugas yang tertentu, umpamanya apabila sistem pengendalian itu melaksanakan sesuatu fail. Dalam kes ini, virus itu akan menjangkiti setiap atur cara yang sesuai yang dilaksanakan oleh komputer.

Virus-virus huni kekadang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu penjangkit cepat dan penjangkit lambat. Penjangkit cepat direka untuk menjangkiti sebanyak fail yang mungkin, umpamanya ia boleh menjangkiti setiap fail perumah yang dicapai. Ini akan menimbulkan masalah yang khusus untuk perisian anti-virus kerana pengimbas virus akan mencapai setiap fail perumah yang berpotensi di dalam komputer apabila ia mengimbas seluruh sistem. Jika pengimbas virus gagal mengesan virus sebegitu yang wujud di dalam ingatan, virus itu boleh "menggendong" pengimbas virus dan dengan itu, menjangkiti semua fail yang diimbas. Penjangkit cepat bergantung kepada kadar penjangkitannya yang cepat untuk merebak. Kelemahan kaedah ini adalah bahawa penjangkitan banyak fail akan menyebabkannya mudah dikesan kerana virus itu akan memperlahankan komputer atau melakukan banyak tindakan yang menimbulkan kesangsian yang boleh dikesan oleh perisian anti-virus.

Penjangkit lambat sebaliknya direka untuk menjangkiti perumahnya sekali sekala. Umpamanya, sesetengah penjangkit lambat hanya menjangkiti fail apabila fail itu disalin. Penjangkit lambat direka semata-mata untuk mengelakkan pengesanan dengan membatasi tindakannya. Ia tidak banyak memperlahankan komputer dan jarang mencetuskan perisian anti-virus yang mengesan tindakan atur cara yang menimbulkan kesangsian. Walaupun demikian, pendekatan penjangkit lambat kelihatan tidak begitu berjaya.


Vektor dan perumah
Virus-virus telah menyasarkan berbagai-bagai jenis medium penghantaran atau perumah. Senarai yang berikut adalah tidak lengkap:

Fail boleh laku perduaan, seperti fail COM dan fail EXE untuk MS-DOS, fail Boleh Laku Mudah Alih untuk Microsoft Windows, dan fail ELF untuk Linux;
Rekod But Jilid untuk cakera liut dan petak cakera keras;
Rekod but induk (MBR) untuk cakera keras;
Fail skrip serba guna, seperti fail kelompok untuk MS-DOS dan Microsoft Windows, fail VBSkrip, serta juga skrip cangkerang untuk pelantar bak Unix;
Fail skrip khusus atur cara penggunaan, seperti skrip Telix;
Dokumen yang boleh mengandungi makro, seperti dokumen Microsoft Word, hamparan Microsoft Excel, dokumen AmiPro, dan fail pangkalan data Microsoft Access; dan
Kerentanan penskripan tapak silang untuk penggunaan web.

Vektor-vektor yang tidak sesuai dihuni
Adalah susah, walaupun bukan tidak mungkin, bagi virus-virus mengekori fail sumber kerana bahasa-bahasa komputer dicipta juga untuk mata manusia dan operator-operator yang berpengalaman. Walaupun demikian, virus-virus amat tidak mungkin dapat mengekori fail data seperti fail-fail MP3, MPG, OGG, JPG, GIF, PNG, MNG, PDF, dan DVI (senarai jenis fail yang umumnya boleh dipercayai ini adalah tidak lengkap).

Walau jika sesuatu virus dapat 'menjangkiti' fail sebegini, ia tidak akan dapat dilaksanakan kerana tidak adanya sebarang cara untuk kod virus berbuat demikian. Bagaimanapun, suatu kaveat harus disebut tentang fail PDF yang, serupa dengan fail HTML, boleh berpaut dengan kod jahat. Tambahan pula, limpah atas penimbal dalam sesebuah atur cara yang membaca fail data boleh dieksploitasikan dan dipergunakan untuk mencetuskan pelaksanaan kod yang tersembunyi di dalam fail data. Walaupun demikian, kesan serangan ini dapat dikurangkan dengan ketara oleh seni bina komputer yang mempunyai bit tak boleh laksana.

Adalah memadai untuk memperhatikan bahawa sesetengah pencipta virus telah menulis sambungan fail .EXE pada hujung .PNG (misalnya), dengan harapan bahawa para pengguna akan berhenti pada jenis fail yang dipercayai tanpa perasan bahawa komputer akan memulakan pelaksanaannya dengan jenis fail yang terakhir. Sila lihat kuda Troy.


Kaedah untuk mengelakkan pengesanan
Untuk mengelakkan pengesanan oleh pengguna, sesetengah virus menggunakan berbagai-bagai jenis penipuan. Sesetengah virus yang lama, khususnya untuk pelantar MS-DOS, memastikan bahawa tarikh "pengubahsuaian terakhir" untuk fail perumah dikekalkan apabila fail itu dijangkiti oleh virus. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak dapat menipu perisian anti-virus, khususnya perisian anti-virus yang mengekalkan dan mentarikhkan Kod Lewahan Sekitar apabila fail diubah.

Sesetengah virus juga boleh menjangkiti fail tanpa menambah saiz fail atau merosakkannya. Virus ini yang digelar "virus rongga" dapat mencapai perbuatan tersebut dengan menulis ganti kawasan-kawasan fail boleh laku yang tidak digunakan. Misalnya, virus CIH atau Virus Chernobyl boleh menjangkiti fail Boleh Laku Mudah Alih. Oleh sebab fail-fail itu mempunyai banyak sela, virus yang 1 KB panjangnya tidak akan menambah saiz fail yang dijangkiti. Sesetengah virus mencuba mengelakkan pengesanan dengan menghapuskan tugas-tugas yang dikaitkan dengan perisian anti-virus sebelum ia dapat mengesannya.

Ketika komputer-komputer dan sistem-sistem pengendalian berkembang menjadi lebih besar dan lebih rumit, teknik-teknik penyembunyian yang lebih lama perlu dikemas kini dan digantikan. Melindungi komputer anda daripada virus mungkin memerlukan sistem fail anda untuk berhijrah kepada kebenaran yang terperinci dan eksplisit bagi setiap jenis capaian fail.


Mengelakkan fail umpan dan lain-lain
Virus perlu menjangkiti perumah untuk merebak. Dalam sesetengah kes, penjangkitan atur cara perumah bukannya suatu cara yang baik kerana banyak atur cara anti-virus menyemak kewibawaan kod sendiri. Oleh itu, menjangkiti atur cara sedemikian akan menaikkan kemungkinannya untuk dikesan. Atas alasan ini, sesetengah virus diprogramkan supaya tidak akan menjangkiti atur cara yang merupakan sebahagian perisian anti-virus.

Lagi sejenis perumah yang virus kekadang akan mengelakkan ialah fail umpan (atau fail kambing). Fail umpan ialah fail yang dicipta khusus oleh perisian anti-virus atau oleh pencipta perisian anti-virus semata-mata untuk dijangkiti oleh virus. Fail-fail ini dicipta atas berbagai-bagai alasan, dengan kesemuanya berkait dengan pengesanan virus. Para pencipta perisian anti-virus boleh menggunakan fail umpan untuk:

Mengambil sampel virus, iaitu salinan fail atur cara yang dijangkiti oleh virus. Menukarkan sebuah fail umpan terjangkit yang kecil adalah lebih praktik, berbanding dengan menukarkan sebuah atur cara penggunaan terjangkit yang besar.
Mengkaji tindakan virus dan menilai kaedah-kaedah pengesanan. Ini adalah amat berguna apabila virus itu bersifat polimorf. Dalam kes ini, perisian anti-virus boleh membuat virus itu menjangkiti sebilangan besar fail umpan. Fail-fail yang terjangkit boleh digunakan untuk menguji tentang adakah pengimbas virus berkesan terhadap semua versi virus itu.
Mencetuskan perisian anti-virus supaya memberikan amaran kepada pengguna bahawa sistem komputernya mungkin dijangkiti oleh virus apabila fail-fail umpan diubah.
Oleh sebab fail-fail umpan digunakan untuk mengesan virus atau untuk memungkinkan pengesanan, sesebuah virus boleh memanfaatkan diri jika ia tidak menjangkiti fail-fail tersebut. Virus biasanya berbuat sedemikian dengan mengelakkan atur-atur cara yang menimbulkan kesangsian, seperti fail atur cara yang kecil atau atur cara yang mengandungi pola 'arahan sampah' yang tertentu.

Salah satu strategi yang digunakan oleh virus komputer untuk menjadikan fail umpan tidak berkesan ialah penjangkitan jarang. Penjangkit jarang kekadang tidak menjangkiti fail perumah yang merupakan calon yang sesuai dalam keadaan-keadaan yang lain. Umpamanya, virus boleh memutuskan secara rawak tentang adakah ia hendak menjangkiti sesuatu fail atau tidak. Sebaliknya, sesetengah virus hanya boleh menjangkiti fail perumah pada hari-hari yang tertentu dalam setiap minggu.


Cara sembunyi-sembunyi
Sesetengah virus mencuba menipu perisian anti-virus dengan menyekat permintaannya kepada sistem pengendalian. Virus tersebut boleh menyembunyikan diri dengan menyekat permintaan perisian anti-virus untuk membaca fail dan mengalihkan permintaan yang sepatutnya diterima oleh sistem pengendalian kepada virus. Virus itu kemudian akan mengembalikan versi fail yang tidak terjangkit kepada perisian anti-virus supaya fail itu kelihatan "bersih". Perisian anti-virus yang moden menggunakan berbagai-bagai teknik untuk mengatasi mekanisme virus yang sembunyi-sembunyi. Kaedah tunggal yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk mengelakkan mekanisme sembunyi-sembunyi itu adalah untuk membut daripada medium yang kebersihannya diketahui.


Pengubahsuaian diri
Kebanyakan atur cara anti-virus yang moden mencuba mengesan pola-pola virus dalam atur cara biasa dengan mengimbasnya untuk mencari apa yang dipanggil tandatangan virus. Tandatangan virus ialah pola bait tipikal yang merupakan sebahagian virus atau keluarga virus yang tertentu. Jika sesuatu pengimbas virus menemukan pola sedemikian dalam sesuatu fail, ia akan memberitahu pengguna. Pengguna itu kemudian boleh menghapuskan, atau dalam sebilangan kes, "membersihkan" atau "menyembuhkan" fail yang terjangkit. Sesetengah virus menggunakan teknik-teknik yang menyebabkan pengesanan melalui tandatangan amat sukar tetapi bukan tidak mungkin. Virus-virus itu akan mengubah suai kodnya pada setiap penjangkitan, iaitu setiap fail yang terjangkit akan mengandungi kelainan virus yang berbeza.


Pengekodan dengan petunjuk berubah-ubah
Kaedah untuk mencipta virus yang lebih maju ialah penggunaan penyulitan untuk mengensifer sesuatu virus. Dalam kes ini, virus akan terdiri daripada dua bahagian, iaitu sebuah modul penyahsulitan yang kecil dan sebuah salinan penyulitan kod virus. Jika virus itu disulitkan dengan satu kunci yang tidak sama bagi setiap fail yang terjangkit, bahagian tunggal yang masih dikekalkan di dalam virus ialah modul penyahsulitan yang misalnya, akan dilampirkan pada hujung fail virus itu. Dalam kes sedemikian, pengimbas virus tidak dapat mengesan virus secara langsung melalui tandatangan, tetapi ia masih boleh mengesan modul penyahsulitan yang memungkinkan pengesanan virus secara tidak langsung. Oleh sebab ini merupakan kunci-kunci bersimetri yang disimpan dalam perumah yang terjangkit, virus terakhir sebenarnya masih boleh dinyahsulitkan tetapi perbuatan ini mungkin tidak diperlukan kerana kod mengubah suai diri adalah amat jarang sehingga pengimbas virus hanya diperlukan menandai fail itu sebagai menimbulkan kesangsian.

Salah satu penyulitan yang lama tetapi padat melibatkan penXORan setiap bait dalam virus dengan sesuatu pemalar, dengan a XOR b = c, dan c XOR b = a, supaya eksklusif atau operasi itu hanya perlu diulangi untuk penyahsulitan. Oleh sebab hanya kod yang menimbulkan kesangsian akan mengubah suai diri, kod itu tetap merupakan sebahagian tandatangan dalam banyak takrif virus dan dengan itu, dapat dikesan oleh perisian anti-virus dengan mudah.


Kod polimorf
Kod polimorf merupakan teknik pertama yang menimbulkan ancaman yang dahsyat kepada pengimbas virus. Serupa dengan virus tersulit yang biasa, virus polimorf akan menjangkiti fail-fail dengan sebuah salinan tersulit diri yang dinyahkod oleh modul penyahsulitan. Bagaimanapun, dalam kes-kes virus polimorf, modul penyahsulitan ini juga akan diubah suai setiap kali ia menjangkiti fail. Justera itu, sebuah virus polimorf yang ditulis dengan teliti tidak mempunyai sebarang bahagian yang tepat sama selepas setiap penjangkitan dan oleh itu, menyebabkannya amat sukar dikesan secara langsung dengan menggunakan tandatangan.

Perisian anti-virus boleh mengesan virus dengan menyahsulitkannya melalui penggunaan pelagak atau melalui analisis pola statistik tentang bahagian virus yang tersulit. Untuk membolehkan kod polimorf, virus harus mempunyai enjin polimorf (juga dikenali sebagai "enjin memutat" atau "enjin mutasi") di dalam bahagian tersulitnya. Sila lihat kod polimorf untuk perincian teknik tentang bagaimana enjin sedemikian berjalan.

Sesetengah virus menggunakan kod polimorf dengan cara yang menyekat kadar mutasi virus dengan nyata sekali. Umpamanya, virus boleh diatur cara supaya tidak banyak memutat atau langsung tidak memutat apabila ia menjangkiti fail-fail di dalam komputer yang telah mengandungi salinan-salinan virus. Kelebihan untuk menggunakan kod polimorf lambat adalah bahawa ia menyebabkan ahli profesional anti-virus lebih sukar untuk memperoleh sampel-sampel yang mewakili virus kerana fail-fail umpan yang terjangkit dalam setiap jalanan biasanya akan mengandungi sampel-sampel virus yang sama atau serupa. Ini akan mengakibatkan pengesan pengimbas virus lebih mungkin tidak boleh dipercayai, dengan virus-virus itu kekadangnya dapat mengelakkan pengesanan.


Kod metamorf
Untuk mengelakkan pengesanan melalui perlagakan, sesetengah virus menulis semula keseluruhan diri setiap kali sejurus sebelum menjangkiti fail boleh laku yang baru. Virus-virus yang menggunakan teknik ini dikatakan bersifat metamorf. Untuk membolehkan metamorfisme, sebuah enjin metamorf diperlukan. Virus metamorf biasanya amat besar dan rumit. Sebagai contoh, W32/Simile terdiri daripada melebihi 14 ribu garis kod bahasa himpunan, dengan 90% daripadanya merupakan bahagian enjin metamorf.


Kerentanan sistem pengendalian
Lagi satu perbandingan antara virus komputer dengan virus biologi adalah bahawa kepelbagaian genetik dalam sesuatu populasi akan mengurangkan kemungkinan seluruh populasinya dihapuskan oleh satu penyakit yang tunggal. Serupa juga, kepelbagaian sistem perisian dalam rangkaian membatasi potensi virus untuk menghapuskannya. Bagaimanapun, ini kemudian menjadi suatu kebimbangan pada dekad 1990-an apabila Microsoft menguasai pasaran sistem pengendalian komputer meja dan suit pejabat, dengan para pengguna perisian Microsoft (khususnya perisian perangkaian seperti Microsoft Outlook dan Internet Explorer) amat mudah terdedah pada bahaya perebakan virus.

Perisian Microsoft telah disasarkan oleh para pencipta virus kerana penguasaan komputer mejanya, dengan perisian-perisiannya sering dikritik kerana mengandungi banyak kesilapan dan peluang untuk para penulis virus mengeksploitasikan. Perisian-perisian penggunaan, baik yang bersepadu mahupun yang menggunakan bahasa penskripan dengan kemudahan untuk mencapai sistem fail (umpamanya Skrip Visual Basic (VBS) dan perisian penggunaan dengan ciri-ciri perangkaian), juga amat mudah terdedah pada bahaya perebakan virus.

Walaupun Windows merupakan sasaran serangan sistem pengendalian yang popular kepada para pencipta virus, sesetengah virus juga wujud untuk pelantar-pelantar yang lain. Sebenarnya, mana-mana sistem pengendalian yang membenarkan atur-atur cara pihak ketiga untuk dilaksanakan secara teori juga boleh melaksanakan atur cara virus. Sesetengah sistem pengendalian adalah lebih selamat berbanding dengan lain. Sebagai contoh, sistem pengendalian berasaskan Unix (dan perisian NTFS untuk pelantar-pelantar berasaskan Windows NT) hanya membenarkan penggunanya melaksanakan fail boleh laku di dalam ruang terlindung yang terletak di dalam direktori masing-masing.

Sehingga tahun 2006, tidak terdapat banyak kejadian keselamatan [1] yang menyasarkan Mac OS X (dengan sistem fail berasaskan Unix). Kerentanan-kerentanannya yang diketahui terangkum dalam pengelasan cecacing dan kuda Trojan. Anggaran bilangan virus untuk Mac OS Klasik, sistem pengendalian Apple yang lebih lama, amat berbeza dari sumber ke sumber, dengan Apple menyatakan bahawa terdapat hanya empat virus yang diketahui, dan sumber-sumber bebas memberikan bilangan sebanyak 63. Walaupun demikian, adalah selamat untuk mengatakan bahawa komputer Mac kurang mungkin dieksploitasikan kerana tapak Unix yang selamat, serta juga kerana virus khusus Mac hanya berupaya menjangkiti sebahagian yang kecil daripada komputer-komputer Apple dan oleh itu, menyebabkan usaha itu tidak begitu mengghairahkan.

Kerentanan terhadap virus antara Mac dan Window merupakan tumpuan jualan utama yang dipergunakan oleh Apple Computers untuk memujuk para pengguna komputer Microsoft supaya beralih kepada komputer Apple (Dapatlah Mac). Secara ironi, jika terjadinya peralihan tapak pengguna daripada komputer peribadi kepada Mac, maka pelantar Mac OS X kemudian akan menjadi sasaran yang lebih mengghairahkan kepada para pencipta virus. Oleh sebab tidak adanya banyak penyelesaian anti-virus untuk pelantar OS X pada masa ini, terdapat kemungkinan bahawa ini dengan amat cepatnya akan menjadi suatu masalah yang besar kepada para pengguna Mac, dengan syarikat Apple Computers betul-betul menjadi mangsa kepada kejayaan sendiri.[2]

Windows dan Unix mempunyai keupayaan penskripan yang serupa, tetapi sedangkan Unix menyekat semua pengguna biasanya daripada membuat perubahan kepada sekitaran sistem pengendalian, Windows tidak berbuat begitu. Pada tahun 1997, ketika suatu virus untuk Linux dibebaskan (dikenali sebagai "Bliss"), para penjual perisian anti-virus yang utama memberikan amaran bahawa sistem-sistem bak Unix akan menjadi mangsa kepada virus-virus seperti dengan Windows.[3]

Virus Bliss boleh dianggap sebagai virus yang tipikal – bertentangan dengan cecacing – untuk sistem-sistem Unix. Ia memerlukan pengguna melaksanakannya secara eksplisit (dan dengan itu, menyebabkannya merupakan salah satu kuda Trojan), dan hanya berupaya menjangkiti atur-atur cara yang dicapai oleh pengguna untuk membuat perubahan. Berbeza dengan para pengguna Windows, kebanyakan pengguna Unix tidak log masuk sebagai pentadbir kecuali untuk memasang atau menatarajahkan perisian. Oleh itu, walau jika pengguna dapat melaksanakan atur cara virus, perbuatannya tidak akan menjejaskan sistem pengendalian. Virus Bliss tidak pernah merebak, dan hanya merupakan suatu keanehan penyelidikan. Penciptanya kemudian memaparkan kod sumber virus itu di tapak web Usenet dan dengan itu, membenarkan para penyelidik melihat bagaimana ia berjalan.[4]


Langkah balas

Peranan pembangunan perisian
Oleh sebab perisian sering direka bentuk dengan ciri-ciri keselamatan untuk mencegah penggunaan sumber sistem tanpa kebenaran, banyak virus harus mengeksploitasikan pepijat perisian di dalam sesebuah sistem atau perisian penggunaan supaya dapat merebak. Strategi-strategi pembangunan perisian yang menghasilkan banyak pepijat umumnya juga menggalakkan serangan virus.


Perisian anti-virus dan langkah balas pencegahan
Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan oleh perisian anti-virus untuk mengesan virus. Yang pertama dan yang merupakan kaedah pengesanan virus yang jauh lebih biasa adalah dengan menggunakan sebuah senarai takrif tandatangan virus. Kelemahan kaedah pengesanan ini adalah bahawa para pengguna hanya dilindungi daripada virus-virus yang tersenarai pada kemas kini takrif virus yang terakhir. Kaedah yang kedua menggunakan algoritma heuristik untuk mencari virus berdasarkan tindakan-tindakannya yang serupa. Kaedah ini berupaya untuk mengesan virus yang firma-firma keselamatan anti-virus masih belum dapat mencipta tandatangannya.

Banyak pengguna memasang perisian anti-virus yang boleh mengesan dan menghapuskan virus-virus yang diketahui selepas komputernya telah memuat turun atau melaksanakan fail boleh laku. Ia berjalan dengan memeriksa heuristik kandungan ingatan komputer (RAM dan sektor but) serta fail-fail yang disimpan di dalam pemacu tetap atau boleh alih (pemacu cakera keras, pemacu cakera liut), lalu membandingkan fail-fail itu dengan sebuah pangkalan data yang mengandungi "tandatangan" virus. Sesetengah atur cara anti-virus berupaya mengimbas fail-fail yang terbuka, selain daripada e-mel yang dikirimkan dan diterima secara tergesa-gesa dengan cara yang sama. Amalan ini dikenali sebagai "pengimbasan pada capaian". Perisian anti-virus tidak mengubah keupayaan dasar perisian perumah untuk menghantar virus. Para pengguna harus mengemaskinikan perisian anti-virus mereka dengan tetap untuk menampung lubang-lubang keselamatan serta juga untuk perisian anti-virus mereka memperoleh pengetahuan tentang ancaman-ancaman yang terkini.

Seseorang juga boleh mencegah kerosakan yang dilakukan oleh virus dengan mencipta data (dan sistem pengendalian) sandar secara tetap pada medium yang berlainan, baik disimpan secara berasingan daripada sistem (bagi kebanyakan masanya), atau secara baca sahaja, ataupun secara tidak boleh dicapai atas alasan-alasan yang lain, seperti menggunakan sistem fail yang berlainan. Dengan cara ini, jika data hilang kerana virus, seseorang masih dapat memulakan semula dengan menggunakan fail-fail sandar (yang seelok-eloknya merupakan fail sandar baru-baru ini). Jika sidang sandar pada medium optik seperti CD dan DVD ditutup, ia menjadi baca sahaja dan tidak boleh lagi terjejas oleh virus. Serupa juga, sebuah sistem pengendalian yang disimpan dalam cakera boleh but boleh digunakan untuk memulakan komputer jika sistem pengendalian yang dipasang dalam komputer tidak boleh digunakan.

Lagi satu kaedah adalah untuk menggunakan sistem pengendalian yang berbeza daripada sistem fail. Sesuatu virus tidak begitu mungkin akan menjejaskan kedua-dua sistem itu. Sokongan data juga boleh menggunakan sistem-sistem fail yang berbeza, umpamanya Linux memerlukan perisian yang khusus untuk menulis pada petak NTFS dan oleh itu, jika seseorang tidak memasang perisian tersebut dan sebaliknya menggunakan pemasangan MS Windows yang berlainan untuk mencipta fail sandar pada petak NTFS (dan seelok-eloknya hanya untuk alasan ini), fail-fail sandar itu harus selamat daripada sebarang virus Linux. Serupa juga, MS Windows tidak boleh membaca sistem-sistem fail seperti ext3 dan oleh itu, jika seseorang biasanya menggunakan MS Windows, fail-fail sandar boleh dicipta pada petak ext3 dengan menggunakan pemasangan Linux.


Kaedah pemulihan
Sebaik sahaja sebuah komputer terjejas oleh virus, komputer itu biasanya tidak selamat untuk diteruskan penggunaannya, tanpa memasang semula sistem pengendalian komputer itu. Bagaimanapun, terdapat sebilangan cara pemulihan yang sedia ada selepas sesuatu komputer terjejas oleh virus. Tindakan-tindakan yang boleh diambil bergantung kepada teruknya jenis virus yang terlibat.

Penghapusan virus
Satu langkah yang mungkin untuk menghapuskan virus yang wujud dalam Windows XP ialah penggunaan alat yang dikenali sebagai Pemulihan Sistem (System Restore). Alat ini memulihkan registri dan fail-fail sistem yang genting kepada titik semak yang dahulu.

Seringnya, sesebuah virus akan mengakibatkan sistem komputer tergantung, dengan pembutan semula keras akan merosakkan titik pemulihan sistem daripada hari yang sama. Titik pemulihan daripada hari-hari sebelumnya harus masih berkesan, asalkan virus itu tidak direka untuk merosakkan fail-fail pemulihan. Bagaimanapun, sesetengah virus, misalnya virus CiaDoor, akan mematikan pemulihan sistem serta alat-alat lain yang penting seperti Pengurus Tugas (Task Manager) dan penggesa. Virus mengubah suai registri dengan cara yang tepat sama dengan para pentadbir mematikan alat-alat tersebut atas berbagai-bagai alasan daripada pengguna-pengguna terhad, kecuali bahawa virus menyekat semua pengguna, termasuk juga pentadbir. Apabila sesuatu alat terjangkit diaktifkan, virus itu akan memaparkan pesanan, "Pengurus Tugas telah dimatikan oleh pentadbir anda", walaupun jika pengguna yang mencuba memulakan atur cara adalah pentadbir pada dirinya.


Pemasangan semula sistem pengendalian
Sebagai usaha langkah terakhir, jika sistem anda mempunyai virus dan perisian anti-virus tidak dapat membersihkannya, pemasangan semula sistem pengendalian mungkin diperlukan. Untuk berbuat demikian dengan betul, cakera keras harus dipadamkan sama sekali (dengan pemetakannya dipadamkan dan diformat) dan sistem pengendalian dipasang daripada medium yang diketahui tidak dijangkiti. Fail-fail sandar harus dicipta untuk fail-fail yang penting, jika mungkin, dan diimbas secara berasingan untuk mengesan jangkitan sebelum cakera keras yang asal dipadamkan dan sistem pengendalian dipasang semula.

[TOP]

2.2 Installation

Perisian ini adalah dalam versi mudah-alih atau portable yang tidak memerlukan sebarang install mahupun uninstall. Anda hanya perlu menempatkan perisian ini pada komputer ataupun pendrive anda. Apabila program ini dijalankan, ia akan membuat salinan pada desktop dan juga folder pangkal pada pendrive anda bagi memudahkan penggunaannya di masa akan datang.

[TOP]

2.3 Scan Pendrive

Ciri-Ciri

Cara Penggunaan

[TOP]

2.4 Force Program

Ciri-Ciri

Cara Penggunaan

  • Sila simpan semua program dan dokumen.
  • Klik pada ikon "Force Pendrive" atau tekan kombinasi kekunci Alt + Shift + O.
  • Pilih butang YES untuk mengesahkan.

[TOP]

2.5 Interface

[TOP]

2.6 Keyboard Shortcut

Anda boleh menggunakan Keyboard Shortcut bagi memudahkan penggunaan perisian ini.

[TOP]

3. Soalan Yang Biasa Ditanya

Kenapa virus ada pada pendrive saya?
Kerana pendrive anda telah dijangkiti virus yang menjadikan pendrive anda sebagai pembawa virus. Virus tersebut tidak aktif tetapi menanti untuk diaktifkan. Setiap kali anda memasukkan pendrive ke komputer, suatu fail iaitu autorun.inf akan diaktifkan secara auto dan menjalankan beberapa aturcara yang menyuntik virus ke dalam sistem komputer anda. Ini bererti, pendrive anda adalah suatu pembawa virus, dan virus itu hanya akan aktif apabila dimasukkan ke dalam port USB komputer.

Bagaimana untuk menghalang komputer dari diserang virus yang berpunca daripada pendrive?
Caranya ialah dengan mematikan fungsi autorun.

Bagaimana untuk mematikan fungsi autorun?
Jalankan program ini, secara auto ia akan mematikan fungsi autorun tersebut. Sekiranya ini adalah pertama kali anda menggunakan perisian ini, sila logoff atau restart sistem komputer anda setelah menjalankan perisian ini walaupun tanpa melakukan imbasan.

Adakah komputer saya bebas dari serangan virus dari pendrive setelah mematikan fungsi autorun?
Ya 50% dan tidak 50%. Walaupun peluang virus untuk menyerang komputer anda amat tipis, tetapi kesilapan membuka program virus yang bersifat menyamar akan membawa padah. Sila imbas pendrive anda setiap kali sebelum digunakan bagi langkah keselamatan.

Siapa yang mencipta virus?
Programmer perisian yang tidak bertanggungjawab.

Apa tujuan virus dicipta?

Virus jenis apa yang menyerang Pendrive saya?
Tidak dapat diterangkan dengan lengkap kerana terlalu banyak nama virus dan ada juga virus yang tiada nama.

Apa yang virus itu buat bila menyerang pendrive saya?
Virus tersebut akan berdiam diri sehingga ada peluang untuk berkerja. Ini bermaksud ia berkemungkinan hanya menyasarkan untuk menjangkiti sistem komputer dan pendrive anda hanya dijadikan tempat kediaman sahaja.

Adakah kemungkinan virus tersebut menghilangkan data pada pendrive saya?
Ya, ada kemungkinan.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya data pada pendrive saya hilang?
Pertama sekali, sila buat imbasan menggunakan perisian ini. Sekiranya data tersebut tidak juga ditemui, anda boleh dapatkan semula data tersebut menggunakan perisian yang terdapat dipasaran.

Adakah kemungkinan lain bagaimana virus menyerang?
Ya, virus juga membuat inisiatif untuk terus hidup pada setiap kali komputer dihidupkan iaitu melalui Registry Startup, Startup Folder dan Services.

Bagaimana mengesan kehadiran program virus pada Registry Startup?
Benarkan hanya program yang anda ketahui sahaja, contohnya perisian antivirus dan sebagainya program yang perlu. Sila ikuti tutorial
Registry Startup
atau Registry Startup 2.

Bagaimana mengesan kehadiran program virus pada Startup Folder?
Luncur ke Startup Folder dan buang program yang anda tidak ketahui. Untuk meluncur ke folder startup, taip kombinasi kekunci Alt + Shift + O.

Bagaimana mengesan kehadiran program virus pada Services?
Agak sukar kerana memerlukan penelitian.

Kesimpulannya, bagaimana kekal bebas daripada virus komputer?

  1. Tutup semua peluang yang membolehkan virus menjangkiti komputer
  2. Lumpuhkan fungsi autorun (menggunakan perisian ini)
  3. Imbas pendrive anda (menggunakan perisian ini)
  4. Jalankan fungsi Force Program sekiranya anda mengesaki komputer anda diserang virus, kemudian periksa pada Registry Startup dan Startup Folder. Setelah itu restart komputer anda.
  5. Sekiranya anda menggunakan internet, pastikan anda memasang perisian Firewall tambahan.
  6. Gunakan perisian antivirus.

[TOP]

4. Tutorial

Berikut ialah tutorial bagaimana menggunakan perisian ini dan cara-cara meningkat ciri-ciri keselamatan pada sistem komputer anda.

[TOP]

4.1 Registry Startup 1

Tutorial ini bertujuan untuk menghentikan aktiviti virus yang telah berdiam pada sistem komputer melalui Registry Startup. Sila rujuk Soalan Yang Biasa Ditanya.

Start > Run > Taip “MSCONFIG.EXE

Klik pada tab Startup

Klik pada butang Disable All

Seterusnya kenal pasti program yang anda ketahui dan penting seperti Antivirus dan Firewall. Untuk perisian lain, anda boleh abaikan.

Akhir sekali klik butang OK.

Seterusnya klik butang Restart.

[TOP]

4.2 Registry Startup 2

Tutorial ini bertujuan untuk menghentikan aktiviti virus yang telah berdiam pada sistem komputer melalui Registry Startup. Sila rujuk Soalan Yang Biasa Ditanya.

Jalankan program ini. Seterusnya tekan kombinasi kekunci Shift + S. Klik pada System Control.

Klik pada Startup Manager.

Seterusnya kenal pasti program yang anda ketahui dan penting seperti Antivirus dan Firewall. Untuk perisian lain, anda boleh abaikan.

Seterusnya, restart komputer anda.

[TOP]

4.3 Services 1

Tutorial ini bertujuan untuk menghentikan aktiviti virus yang telah berdiam pada sistem komputer melalui Services. Sila rujuk Soalan Yang Biasa Ditanya.

Start > Run > Taip “MSCONFIG.EXE

Klik pada tab Services

Sebaiknya, checked pada Hide All Microsoft Services bagi melihat service yang bukan dari Microsoft.

Unchecked pada service yang anda tidak perlukan atau ragui.

Akhir sekali klik butang OK.

Seterusnya klik butang Restart.

[TOP]

4.4 Services 2

Tutorial ini bertujuan untuk menghentikan aktiviti virus yang telah berdiam pada sistem komputer melalui Services. Sila rujuk Soalan Yang Biasa Ditanya untuk maklumat lanjut.

Start > Run > Taip “SERVICES.MSC

Klik pada "Startup Type"

Klik Kanan pada services yang anda ragui (gambar di bawah sekadar contoh) > pilih Properties

Pada Startup type: pilih Disabled. (Berhati-hati semasa melakukan arahan tersebut. Pastikan anda benar-benar ragui kewujudan services tersebut)

Pilh Stop.

Klik butang Apply.

Akhir sekali tekan butang OK.

[TOP]

4.5 Kekal Selamat 1

Jalankan Perisian ini, kemudian masukkan pendrive ke port USB.

Seterusnya buka My Computer. Contoh drive pendrive ialah E:\ yang berlabel MA USWAH.

Klik Scan Pendrive

Klik butang YES

Scan selesai. Klik gambar yang bertulis "Click Here".

Seterusnya, cabut pendrive anda dari port USB.

Setelah itu, masukkan semula pendrive anda ke port USB.

Anda akan dapati pendrive anda mempunyai ikon "Mangga".

Ikon "mangga" ini akan kekal walaupun anda menggunakan komputer lain. Sekiranya anda dapati pendrive anda tidak mempunyai ikon ini, berkemungkinan virus yang memanipulasi fail autorun telah mendiami pendrive anda. Untuk memastikan pendrive anda kekal selamat, ulangi langkah di atas apabila perlu (Scan Pendrive).

[TOP]

4.6 Kekal Selamat 2

Apabila pendrive anda telah disertakan oleh perisian ini, anda akan dapati ikon "Mangga" pada pendrive anda. Bagaimana untuk kekal selamat? Anda perlu pastikan komputer yang anda guna tidak menjadikan pendrive anda sebagai perumah atau pembawa virus. Caranya ialah.

Masukkan pendrive ke port USB. Seterusnya buka My Computer. Anda akan dapati ada ikon "Mangga" pada drive pendrive anda.

Seterusnya, cabut pendrive anda dari port USB. Setelah itu, masukkan semula pendrive anda ke port USB.

Sekiranya anda dapati ikon "mangga" telah hilang dari drive pendrive anda, sila lakukan Force Program, Registry Startup atau Registry Startup 2 dan Scan Pendrive.

Nota: Ikon "Magga" dijadikan penanda tahap keselamatan pendrive yang anda gunakan. Sekiranya tanda ini hilang, ikuti tutorial Kekal Selamat 1.

[TOP]

4.7 Kekal Selamat 3

Apabila anda masukkan pendrive ke komputer, sekiranya anda menemui pop-up berikut bermaksud komputer atau pendrive anda telah mengubah setting pada komputer anda. Ini bermaksud, komputer dan pendrive anda telah dijangkiti virus Apa yang perlu anda lakukan?

Pertama sekali, lakukan Force Program. Seterusnya Registry Startup atau Registry Startup 2 dan Scan Pendrive.

Akhir sekali restart komputer anda. Kemudian ulang semula untuk Scan Pendrive.

  • Nota: Sepatutnya anda menjalankan perisian ini sebelum memasukkan pendrive. Sila ikuti tutorial Kekal Selamat 4.
  • Nota: Pop-up System Setting Change bukanlah bermaksud virus sedang menyerang komputer anda, namun sekiranya pop-up tersebut muncul sebaik sahaja anda memasukkan pendrive, virus dari pendrive telah disuntik ke dalam sistem komputer anda dan mengubah tetapan sistem komputer anda.
  • Nota: Perisian ini tidak melindungi komputer anda sepenuhnya, sila gunakan perisian antivirus.

[TOP]

4.8 Kekal Selamat 4

Jangan sekali-kali memasukkan pendrive anda ke komputer sebelum menjalankan program ini. Ini bagi melindungi pendrive anda dari serangan virus atau sekurang-kurangnya melumpuhkan serangan virus ke atas pendrive anda.

Sila kunjungi laman web http://www.pendrive.tafsiran.net dari masa ke semasa untuk mendapatkan perisian penjagaan pendrive yang terkini bagi memaksimumkan perlindungan terhadap pendrive anda.

[TOP]

4.9 Kekal Selamat 5

Selain ikon "mangga" terdapat pada pendrive anda, anda juga dapati kesemua folder anda telah berubah menjadi warna biru. Ini dilakukan bagi memastikan anda boleh mengesan virus yang melakukan penyamaran menggunakan ikon folder standard. Jangan buka folder yang mempunyai ikon standard kerana dikhuatiri itu adalah virus yang melakukan penyamaran. Namun, sekiranya anda membuat folder baru, folder tersebut mempunyai ikon standard, sila lakukan imbasan pada pendrive anda sebelum membuka folder tersebut.

[TOP]

4.10 Kekal Selamat 6

Jalankan program ini. Seterusnya tekan kombinasi kekunci Shift + M.

Klik pada Task Manager untuk melihat aktiviti program yang sedang berjalan pada komputer anda. Sekiranya anda mendapati program yang menyamar menggunakan program yang biasa digunakan windows dan mempunyai ikon Folder Standard, anda perlu kesan dan hentikan program tersebut dengan cara klik ikon tersebut dan klik butang Quick End. Ini adalah program virus.

Seterusnya, pergi kepada Path program tersebut dan delete fail tersebut. Pada versi keseterusnya saya akan menambah fungsi membuang fail tersebut. Nantikan versi keseterusnya dan sentiasa melihat update pada laman web saya.

[TOP]

4.11 Kekal Selamat 7

Fungsi System Restore amat berguna. Namun dalam kes komputer anda telah diserang virus, fungsi ini juga berguna kepada virus tersebut; dimana walaupun anda telah membuang virus tersebut, atau program ini telah membuang virus yang dikesan, namun terdapat virus yang boleh hidup semua melalui System Restore.

Menghentikan System Restore amat penting sekiranya komputer anda diserang virus yang membuat manipulasi terhadap program tersebut. Saya pernah membuang sejenis virus menggunakan perisian ini dan saya dapati virus tersebut muncul semula setelah sistem Restrart. Namun setelah menghentikan System Restore, virus yang telah dibuang tadi tidak muncul-muncul.

Sila ikuti tutorial Menghentikan System Restore

[TOP]

4.12 Force Program On Startup

Ini adalah kaedah dimana program ini akan melakukan arahan Force Program terlebih dahulu pada setiap kali startup. Sekiranya anda tidak dapat membuka program ini, mungkin virus telah menyekat penggunaan program ini. Oleh itu, program ini perlu bertindak menghentikan semua program termasuk program virus tersebut.

Luncur ke "C:\Program Files\Pendrive 3.3", kemudian buka fail "Pendrive.txt".

Seterusnya, ubah nilai pada ForceProgram kepada "1". Save fail ini, kemudian jalankan semula perisian ini.

[TOP]

4.13 Ubah Teks Start Button

Ini adalah kaedah dimana anda boleh mengubah teks start button.

Luncur ke "C:\Program Files\Pendrive 3.3", kemudian buka fail "Pendrive.txt".

Seterusnya, ubah nilai pada StartButton kepada "Microsoft Windows XP Professional". Save fail ini, kemudian jalankan semula perisian ini.

Setelah itu, Tekan kekunci Shift + Alt + M, kemudian tekan kekunci Shift + Alt + N. Anda akan melihat perubahan seperti berikut.

[TOP]

4.14 Mengubah Wallpaper Pada Folder Pendrive

Selepas anda melakukan imbasan pada pendrive anda, anda akan dapati wallpaper seragam pada setiap folder anda. Bagaimana mengubah wallpaper ini?

Luncur ke drive pendrive anda, pergi ke folder Pendrive, dan anda akan dapati gambar bernama Wallpaper.jpg. Anda boleh mengubah fail ini atau delete dan masukkan gambar anda. Anda perlu memastikan nama gambar anda ialah Wallpaper.jpg. Setelah anda mengubah gambar ini, luncur keluar dari drive pendrive anda, seterusnya luncur kembali ke drive pendrive anda. Anda akan dapati gambar wallpaper pada pendrive anda telah berubah.

Saiz wallpaper yang sesuai adalah bergantung kepada saiz resolusi desktop anda. Apabila gambar yang anda pilih terlalu besar, hanya sebahagian pada gambar tersebut kelihatan. Anda perlu Resize gambar tersebut menggunakan pelbagai jenis software. Di masa lain saya mungkin akan memberikan tutorial bagaimana mengubah saiz gambar wallpaper pendrive anda.

[TOP]

4.15 Menggunakan MemTurbo 4

Jalankan program ini. Seterusnya tekan kombinasi kekunci Shift + M.

Klik pada Task Manager untuk melihat aktiviti program yang sedang berjalan pada komputer anda. Sekiranya anda mendapati program yang mencurigakan, klik pada program tersebut dan pilih End Program ataupun Quick End.

Klik pada PC Tuneup untuk menambahkan kemampuan sistem anda. Checked pada Unload DLL from Memory after use dan Disable Windows to update time stamps. Seterusnya klik butang Apply.

Seterusnya tekan butang OK. Perubahan sistem hanya akan berlaku apabila anda restart ataupun logoff komputer anda.

Nota, anda tidak akan melihat perubahan yang drastik pada komputer anda apabila anda melakukan kaedah ini. Sebaliknya kaedah ini dapat meningkatkan prestasi sistem komputer.

Klik pada Configure. Ini merupakan konfigurasi perisian ini. Sila uncheck Start Memturbo automatically when Windows start sekiranya perlu.

Klik pada Cache Tuning. Jangan sekali-kali mengubah tetapan pada bahagian ini sekiranya anda tidak mengetahui ataupun memahami fungsi pada bahagian ini. Kesilapan pemilihan saiz file cache akan menyebabkan sistem komputer terjejas.

Klik pad CPU Rocket. Ini adalah satu kaedah untuk melajukan proses aplikasi yang sedang aktif.

[TOP]

4.16 Menggunakan DiskLock

Jalankan program ini. Seterusnya tekan kombinasi kekunci Shift + D.

Program ini bertujuan untuk mengubah tetapan sesuatu drive sama ada sembunyikan (hide), kunci (lock) ataupun menghentikan fungsi autorun (Disallow Autorun).

Apabila anda menggunakan program ini, anda akan dapati semua jenis drive telah dihentikan fungsi autorun (untuk penggunaan pertama kali pada komputer ini, sila logoff komputer anda ataupun restart untuk mendapatkan hasil ini).

Anda boleh mengubah tetapan mana-mana drive mengikut citarasa anda.

[TOP]

4.17 Menggunakan System Clearner

Jalankan program ini. Seterusnya tekan kombinasi kekunci Shift + S.

Program ini mempunyai banyak fungsi yang berguna kepada anda. Untuk mengetahui program ini, anda boleh explore sendiri, atau anda boleh Klik Help untuk bantuan bagi program tersebut. Selamat mencuba.

[TOP]

4.18 Menggunakan Hidden Program

Anda boleh menggunakan hidden program pada perisian ini iaitu dengan menekan kombinasi kekunci berikut.

[TOP]

4.19 Restore CMD, Taskmanager, Regedit dan Explorer

Apabila anda mendapati program di atas mengalami kerosakan, sila jalankan program ini. Seterusnya tekan kombinasi kekunci Shift + Alt + Z. Tekan butang Yes untuk meneruskan. Semua program akan dihentikan, anda akan mendapati komputer anda kosong semasa proses ini dan proses restore berlaku secara automatik. Sekiranya anda dapati komputer anda kosong dalam sela masa lebih dari seminit, sila restart komputer anda.

[TOP]

4.20 Menghentikan System Restore

Tekan kombinasi kekunci ÿ/Windows+[Break/Pause] (Atau klik-kanan pada My Computer > Properties) untuk memaparkan kekotak dialog System Properties.

Checked pada Checkbox "Turn off System Restore on all drives".

Kemudian tekan butang Apply.

Tekan butang Yes.

Akhir sekali tekan butang OK.

[TOP]

4.21 Virus Jambanmu V1, V2, Photos Zip dan seangkatannya

Apabila virus ini dikesan, secara automatik perisian ini akan memusnahkan virus ini termasuk perubahan sistem yang telah dilakukan. Namun untuk keberkesanan, anda perlu jalankan program ini dua kali, iaitu exit dari program ini (walaupun tanpa melakukan imbasan) dan jalankan semua perisian ini (sekiranya anda mengesaki komputer anda diserang virus tersebut).

Antara siptom virus ini, ia mengeluarkan mesej melalui Command Prompt, menyekat penggunaan program Task Manager, Regedit, Msconfig dan Command Prompt. Anda juga mungkin mendapati komputer anda akan dimatikan (shut down) apabila menggunakan program tersebut. Dan yang lebih teruk lagi, anda langsung tidak berpeluang menghidupkan komputer anda kerana setiap kali start-up anda akan dapati komputer anda akan shut down serta-merta, yang boleh dikatakan pada peringkat lewat dan peluang untuk membaiki sistem pada peringkat lewat amat tipis.

Saya dapati virus Photo Zip mengeluarkan arahan shutdown dalam masa satu saat. Siptom awal ia mengeluarkan arahan ini hanya sekiranya anda membuka program tertentu seperti yang diterangkan di atas. Pada siptom awal ini anda perlu bertindak, sebelum pergi ke siptom yang paling teruk.

Pada siptom awal, sila lakukan seperti berikut;

  1. Jalankan Program ini.
  2. Lakukan Restore CMD, Taskmanager, Regedit dan Explorer sekiranya perlu.
  3. Restart komputer anda.

Pada siptom akhir, sekiranya anda berpeluang menjalankan program ini, lakukannya. Sekiranya tidak, anda mesti berusaha menjalankan perisian ini. Seelok-eloknya anda perlu letakkan perisian ini pada start-up folder untuk langkah terakhir.

Sekiranya komputer anda belum pulih daripada virus atau siptom tersebut, sila maklumkan kepada saya.

[TOP]

4.22 Bagaimana Kekal Selamat Dari Mula?

Setelah anda format komputer anda atau dalam bahasa lain, anda baru melakukan install pada komputer anda, di waktu itulah masa yang sesuai untuk anda melakukan langkah pencegahan. Bak kata orang yang ramai, Beringat Sebelum Kena, dan Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Bagaimana untuk melakukannya, semudah 1 - 2 - 3 ?

1 Pertama sekali kita kena lumpuhkan beberapa kelemahan sistem Windows. Caranya ialah dengan menjalankan persian ini pertama sekali sebelum anda melakukan instalasi perisian lain pada komputer anda. Setelah menjalankan perisian ini, walaupun tanpa melalukan scan ataupun force program, anda perlu restart komputer anda. Melumpuhkan kelemahan ini sangat penting sebelum anda melakukan instalasi perisian yang lain.

2 Kedua, anda perlu install perisian antivirus. Anda boleh dapati perisian ini secara percuma. Anda perlu kemaskini (update) definisi virus seeloknya setiap hari.

3 Ketiga, sekiranya anda menggunakan internet, sila install perisian firewall tambahan. Anda boleh dapati perisian ini secara percuma.










Cetak Artikel Ini

Tinggalkan komen anda disini

:10 :11 :12 :13
:14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21
:22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29
:30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37
:38 :39 :40 :41
:42 :43 :44 :45

Post a Comment

My followers

  ©rakan4u. .

TOPO